Minggu, 21 April 2013

YB Dato’ Hj Che Abdullah - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan - Halaman Moeka P.


BIOGARAFI PENULIS

YB Dato’ Hj Che Abdullah bin Mat Nawi ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Negeri Kelantan setelah memenangi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Bharu pada Pilihan Raya Umum 2008.

Dilahirkan pada tahun 1960, anak jati Wakaf Bharu ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Delima, Wakaf Bharu. Beliau kemudiannya mendapat tawaran biasiswa kecil persekutuan bagi melanjutkan pelajaran ke kelas peralihan khas di peringkat sekolah menengah rendah dan seterusnya menyambung pendidikan di peringkat menengah di Sultan Ismail Collage (SIC) dan Sekolah Menengah Sains Kedah di Sungai Petani. Memiliki “Diploma in Accountancy” dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), “Bachelor of Business Administration” (BBA) dengan pengkhususan perakaunan dari Ohio University, USA dan “Master of Business Administration” (MBA) dengan pengkhususan perakaunan dari University of Bridgeport, Connecticut, USA. Menerima pelbagai anugerah kecemerlangan pelajar seperti Phi Kappa Phi, Beta Gama Sigma dan kemuncaknya tersenarai sebagai “Who’s Who Among Students in American Universities”

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam kerjaya samada dari dalam atau luar Negara. Sebagai ahli perniagaan yang memulakan perniagaanya di bumi Amerika, dia adalah ahli kepada “American Entrepreneur Association” – Persatuan Usahawan Amerika.

Terlibat dalam gerakan dakwah sejak dari bangku sekolah sehingga ke peringkat universiti dan dunia luar. Pernah menyandang jawatan Presiden dan Pengerusi Majlis Syura, Malaysia Islamic Society of North America (MISNA) yang di anggotai  masyarakat Melayu Islam Malaysia yang berada di seluruh Amerika Utara dan Canada. Mula menceburkan diri dalam politik secara sepenuh masa apabila dilantik sebagai Penyelia DUN Wakaf Bharu pada Januari 2005. Beliau kemudiannya diberi kepercayaan bertanding di atas tiket PAS di N.04 DUN Wakaf Bharu dan berjaya merampas kerusi tersebut dari tangan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 12.

Sebagai EXCO Kerajaan Negeri, Beliau berjaya memperkenalkan pelbagai program dan gagasan demi kebaikan rakyat. Atas jasa dan khidmatnya beliau diangerahkan pingat kebesaran Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (J.M.K)  pada tahun 2010 dan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K) pada tahun 2012 yang membawa gelaran Dato’.

0 komentar: